Kilang Pemasangan Gerabak Kereta Api Buatan China Beroperasi di Nigeria

2023-05-24 14:12:57  CRI
Share with:

Sebuah kilang pemasangan gerabak kereta api buatan China yang merupakan pertama di Nigeria beroperasi secara rasmi pada Isnin.

Menteri Pengangkutan Nigeria, Muazu Sambo pada majlis pembukaan berkata bahawa kilang pemasangan gerabak kereta api ini merupakan salah satu projek utama kerjasama Nigeria-China dan pengoperasiannya merupakan satu peristiwa signifikan dalam pembangunan kereta api Nigeria.

Projek ini bukan sahaja membolehkan Nigeria memacu perkilangan gerabak kereta api kargo di negara sendiri, tetapi juga menyediakan sokongan teknikal kereta api untuk kawasan selatan Sahara di benua Afrika.

Kilang pemasangan gerabak kereta api yang terletak di pekan Kajola, negeri Ogun tersebut, mulai dibina pada Januari 2021, dan selesai dibina kemudian mengeluarkan gerabak secara percubaan pada November 2022.

Pada masa ini, 60 unit gerabak kereta api rata telah diserahkan kepada pihak Nigeria bagi ujian pengoperasian, dan pemasangan 220 unit gerabak dijangka diselesaikan pada tahun ini.

Kilang pemasangan tersebut dilaporkan dilengkapi talian pengeluaran gerabak kereta api yang canggih yang diperkenalkan dari China.