Kapal Tentera Laut China Sertai LIMA 2023
LANGKAWI, 24 Mei -- Kapal Zhanjiang Tentera Laut China tiba di perairan Langkawi pada Isnin untuk menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-16.
Zhanjiang, iaitu kapal pemusnah peluru berpandu model baharu yang dibangunkan oleh China telah berlepas dari pelabuhan tentera di Zhanjiang, China pada 16 Mei dan belayar melalui Laut China Selatan, Selat Singapura, dan Selat Melaka, sebelum tiba di Langkawi.
Sekitar pukul 3 petang Isnin, kapal Zhanjiang disambut oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sekitar perairan Langkawai.
Menurut kapten kapal Zhanjiang, Wei Qiang, pihaknya berharap bahawa penyertaan dalam LIMA dapat memperkukuh interaksi serta meningkatkan persefahaman dengan tentera laut dari negara-negara lain, dan menunjukkan imej baik tentera laut China.