AS, Pemain Gimik Politik yang Degil
Baru-baru ini, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 sekali lagi menolak untuk memasukkan usul "mengundang Taiwan menghadiri WHA sebagai pemerhati" dalam agendanya.Ini kegagalan kali ketujuh berturut-turut yang dialami AS yang berdegil "menyokong Taiwan sertai WHA", dan juga membuktikan bahawa prinsip Satu China sebagai konsensus masyarakat antarabangsa menjadi kian kukuh, manakala lakonan AS berkenaan telah mengundang sorak ejekan di arena antarabangsa.
AS mustahil tidak dapat menjangka hasil cubaannya,memandangkan usul melibatkan Taiwan itu tidak selaras dengan peraturan antarabangsa, terutamanya prinsip Satu China yang diisytiharkan Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan WHA. Menurut Resolusi 2758 Perhimpunan PBB dan resolusi 25.1 WHA, prasyarat bagi kawasan Taiwan menyertai aktiviti pertubuhan antarabangsa termasuk WHA mestinya mempertahankan prinsip Satu China. Sebelum WHA kali ini dirasmikan, hampir 140 buah negara menyatakan mereka mengekalkan prinsip Satu China dan menentang Taiwan menyertai perhimpunan itu, dan juga terdapat hampir seratus buah negara mengutus surat kepada Ketua Pengarah WHOatau mengeluarkan kenyataan terbuka tentang pendirian mereka.
Pada tahun 2009 hingga 2016, Taiwan pernah menyertai WHA sebagai pemerhati atas nama "Chinese Taipei". Senario istimewa ini adalah berdasarkan prinsip Satu China dan Persetujuan 1992 yang dipertahankan oleh kedua-dua pihakTanah Besar dan Taiwan.
Namun, sejak Parti Progresif Demokratik (DPP) memegang kuasa di Taiwan pada 2016, pihaknya menolak Persetujuan 1992 dan berdegil mereka-reka"kemerdekaan Taiwan". Dengan demikian, hancurlah telapak politik bagi penglibatan Taiwan dalam WHA, dan DPP patut bertanggungjawab terhadap kesemua itu.
Lakonan politik "menyokong Taiwan menyertai WHA" telah berulang kali ditolak, tetapi AS tetap degil memainkannya. Ada penganalisis berpendapat bahawa ini sebenarnya plot AS yang sentiasa dilakukan demi "mengekang China melalui isu Taiwan". Washington membantu Taiwan memperluas "ruang antarabangsa", mempolitikkan isu Taiwan dan mencipta "satu China satu Taiwan" di arena antarabangsa, juga adalah untuk membalas "budi" Taiwan yang selama ini memberikan banyak sumbangan kepada politikus AS.
Gimik politik "menyokong Taiwan menyertai WHA" arahan AS nescaya berhasil. Bagi saudara setanah air Taiwan yang populasinya sebanyak 23 juta, hanya dengan bergantung kepada Tanah Besar, barulah boleh memperolehi ruang pembangunan yang lebih luas.