China Berperanan Penting dalam Rantai Nilai Asia Pasifik

2023-05-25 14:32:13  CRI
Share with:

Kadar perdagangan komoditi China di rantau Asia Pasifik kian hari kian meningkat pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan China memainkan peranan yang semakin penting dalam rantai nilai serantau.

Demikian dinyatakan ketua ahli ekonomi Bank Pembangunan Asia (ADB), Albert PARK baru-baru ini.

Laporan Integrasi Ekonomi Asia 2023 yang disiarkan ADB menunjukkan, pemulihan ekonomi Asia Pasifik banyak bergantung pada China yang menyumbang sebanyak 64.2% pertumbuhan ekonomi serantau, di samping menyumbang 37.6% pertumbuhan perdagangan komoditi dan 44.6%  pertumbuhan perdagangan perkhidmatan.

Menyentuh prospek ekonomi China, PARK berkeyakinan penuh tentang jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi China sepanjang tahun ini yang mencatat 5%.

"Konsortium transnasional  mana-mana pun enggan melepaskan peluang pembangunan yang tersedia dalam pasaran  China yang amat besar itu," kata PARK yang percaya bahawa China akan mempertahankan kedudukannya sebagai tempat yang paling menarik bagi pelaburan asing dalam senario global.