Sunak Terlupa Sejarah dan Buta terhadap Realiti

2023-05-25 15:41:17  CRI
Share with:

Sebagai keturunan India, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak nampaknya sudah terlupa sejarah dan buta terhadap realiti.

 

Ketika beliau menyifatkan China sebagai cabaran terbesar keselamatan dan kemakmuran global, beliau nampaknya terlupa yang Britain merupakan “pengikut setia” dalam hampir setiap perang yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat di seluruh dunia dalam puluhan tahun ini.

 

Dan, Satria rasa beliau mungkin juga terlupa tentang sejarah penjajahan Britain di India.

 

Satria mencadangkan Sunak menoton beberapa filem India supaya dapat mengingat kembali siapakah dalang ancaman keselamatan dan kemakmuran terbesar global dalam sejarah, termasuk terhadap India dan China.

 

Ini antara filem yang boleh Satria cadangkan: “Manikarnika: The Queen of Jhansi”, “RRR” dan “1947”.

 

Daripada ketiga-tiga filem tersebut, yang memberi kesan paling mendalam kepada Satria adalah filem “1947”. 

 

India telah merdeka pada 1947, tapi dalam satu kampung yang terputus hubungan dengan luar, penjajahan Britain diteruskan.

 

Para penduduk kampung itu dipaksa memintal kapas secara tidak berhenti. Atau dengan kata lain, merekalah yang ‘buruh paksaan’ sebenar!

 

Dulu ketika mendengar fitnah Barat ini terhadap Xinjiang mengenai buruh paksaan membuat kapas, Satria berasa amat hairan bahawa bagaiamana mereka pandai mereka-reka cerita yang begitu ganas.

 

Setelah menonton filem ini, Satria baru faham ini benar-benar pernah dilakukan oleh mereka untuk mewujudkan kemakmuran Barat pada masa ini.

 

Selain itu, antara keganasan penjajah Britain adalah termasuk menyebat sewenang-wenang, penduduk yang melakukan kesilapan dibunuh bahkan direbus dalam periuk besar, semua anak perempuan yang berumur 7 tahun ke atas dirogol oleh anak pegawai penjajah Britian.

 

Perlu ditegaskan, ini bukan yang berlaku pada 100 tahun yang lalu, tapi ia berlaku selepas WWII.

 

Menindas negara-negara lain secara sewenang-wenangnya, merampas majoriti kepentingan di dunia, dan memelihara sistem pentadbiran global yang menjamin kedudukan hanya sekumpulan kecil negara yang mampu membahagikan kepentingan global, itulah apa yang dikatakan “tata tertib berasakan peraturan” Barat. 

 

Sama sebagai mangsa pencerobohan dan penjajahan, rakyat China masih ingat dengan jelas keganasan tentera sekutu Britain dan Perancis yang membakar runtuh Taman Yuanming, Tentera Sekutu Lapan Negara yang menakluki Beijing dan membahagikan “kawasan sewa” di China, dan juga penceroboh Jepun yang melaksanakan dasar “membunuh semua, membakar semua, merampas semua” di China.

 

Kini, negara-negara penjajah dan penceroboh tersebut berkumpul lagi dengan nama G7, mendakwa China sebagai cabaran terbesar keselamatan dan kemakmuran global.

 

Berbanding situasi dunia buat masa ini dengan 1947, perbezaan terbesar mungkin adalah China berkembang pesat menjadi kuasa besar, kebetulan negara ini mangsa penjajahan dan pencerobohan ganas sekumpulan negara yang paling berkuasa di dunia dalam lebih 100 tahun yang lalu.

 

Maka China jelas tidak bersedia bersubahat dengan mereka, bersama-sama membahagikan majoriti kepentingan di dunia, sebaliknya bersuara mewakili negara-negara membangun.

 

Itulah mengapa mereka takut atas pembangunan China, berusaha mencemar imej dan menyekat China.