China Ikrar Lindungi Keamanan Sendiri, Dorong Keselamatan Bersama Antarabangsa

2023-05-26 15:37:25  CRI
Share with:

Persidangan Antarabangsa Perwakilan Kanan bagi Hal Ehwal Keselamatan Ke-11 telah diadakan di Rusia kelmarin.

Setiausaha Jawatankuasa  Politik dan Perundangan Parti Komunis China, Chen Wenqing berkata, China berikrar melindungi keamanan sendiri, mendorong keselamatan bersama  antarabangsa, berinisiatif melibatkan diri dalam tadbir urus keselamatan global  dan bertindak memperbaikinya, dan komited melakukan usaha yang konsisten dalam  membangunkan dunia ke arah yang rata-rata aman dan lebih indah. Sementara itu,  China telah mengadakan mesyuarat dengan ketua delegasi negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, dan mencapai persepakatan meluas bagi  memperkukuh solidariti dan mendorong pembentukan hubungan antarabangsa model  baharu.

Untuk rekod, Sidang Ke-8 Mekanisme Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan China-Rusia telah diadakan pada  Isnin. China bersedia bersama dengan Rusia menyusun langkah bagi melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global dan memelihara kepentingan keamanan kedua-dua  negara dan masyarakat antarabangsa. Rusia pula berkata, pihaknya giat  memperkasakan kerjasama keselamatan penguatkuasaan antara kedua-dua pihak, di  samping menyokong usaha kedua-dua negara dalam menangani risiko keselamatan.

Turut hadir, perwakilan dari 109 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.