Sidang Menteri Perdagangan APEC Menutup Tirai

2023-05-28 14:51:22  CRI
Share with:

Para menteri perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) telah mengakhiri sidang selama dua hari dengan berjanji akan sinergi menghadapi cabaran daripada bidang alam sekitar, keselamatan makanan dan impak wabak COVID-19 di sejagat pada Jumaat lalu.

Kenyataan pengerusi yang dikeluarkan sidang itu menekankan akan berusaha mewujudkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang bebas, terbuka, sama rata, tanpa diskriminasi, telus, inklusif dan boleh dijangka, menyokong dan terus memperkukuh sistem multilateralisme yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao sebagai ketua delegasi negaranya yang menghadiri sidang itu, telah membentangkan pendirian China tentang menyokong sistem perdagangan multilateralisme, dan mendorong pembangunan perdagangan secara lestari dan inklusif.

Wang menyeru entiti ekonomi APEC tekad mendorong integrasi ekonomi serantau, memperkasakan kerjasama perdagangan dan pelaburan dan berkongsi peluang dan dividen yang dibawa pembangunan rantai industri dan rantai bekalan serantau.