Aktiviti China Sebagai Negara Tetamu Kehormat PBAKL Bermula di Malaysia
Majlis perasmian siri aktiviti China sebagai negara tetamu kehormat pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-40 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Acara itu dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhang Jianchun, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Zhang mengiringi Anwar untuk melawat zon pameran buku China dan memperkenalkan buku "Xi Jinping: The Governance of China" edisi bahasa Melayu, koleksi artikel pilihan Presiden China Xi Jinping, buku China terpilih edisi bahasa Melayu dan buku Malaysia terpilih edisi bahasa Mandarin serta koleksi komprehensif lukisan China pada zaman purba.
Lebih daripada 150 wakil dari lebih 30 agensi penerbitan China mengambil bahagian dalam pameran buku yang melibatkan lebih 30 aktiviti pertukaran kebudayaan antara China dan Malaysia.
Penulis dan sarjana China yang termasuk Liu Zhenyun dan Kang Zhen akan berinteraksi dengan pembaca Malaysia dalam pameran buku itu.
PBAKL yang diinisiatifkan pada tahun 1981, disifatkan sebagai temasya kebudayaan penting di Malaysia, dan edisi 2023 yang akan berlangsung selama 10 hari itu sudah dirasmikan pada Jumaat.