Bagaimana Bergaul dengan China? Kebijaksanaan Dr. Kissinger Harus Diteruskan

2023-05-29 14:40:21  CRI
Share with:

Dikenali sebagai Setiausaha Negara yang paling menarik perhatian awam dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), Dr. Henry Alfred Kissinger menyambut hari jadi ke-100nya baru-baru ini.

Sebelum ini, Duta Besar baharu China ke AS, Xie Feng mengunjungi beliau dan mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau. Ini bukan sahaja cerminan budaya tradisional China yang menghargai persahabatan, tetapi juga bagi menyampaikan rasa hormat kepada sahabat lama rakyat China itu.

Dasar China terhadap AS adalah konsisten dan mantap dalam lebih lima dekad lalu. Walau bagaimanapun, AS memandang China sebagai lawan dan cabaran untuk jangka masa panjang, pada beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kesilapfahaman terhadap China. Ini mengakibatkan hubungan kedua-dua negara tergelincir dari landasan betul, malah membawa ketidakstabilan kepada dunia.

Ketika hubungan China-AS sekali lagi berada di titik persimpangan baharu, pemerintah di White House dinasihat supaya belajar dari kebijaksanaan diplomatik Dr. Kissinger.

Pertama, memahami kepentingan negara AS dari perspektif realisme secara rasional dan pragmatik. 'Realisme', label kerjaya Dr. Kissinger bermaksud kepentingan negara di atas ideologi, menguasai dengan tepat perubahan hubungan antarabangsa, serta menetapkan strategi hubungan luar secara realistik dan pragmatik.

Dr. Kissinger mengesyorkan komunikasi dan kerjasama dengan China, membina hubungan sama menang dengan China, kerana ia sesuai dengan kepentingan AS.

Apa yang perlu dipelajari oleh ahli politik AS terlebih dahulu adalah memahami dengan betul kepentingan negara AS dan menyedari bahawa pemeliharaan kepentingan negaranya bukan bermakna bermusuh dan mengekang pembangunan China.

Pada masa sama, melaksanakan strategi diplomatik AS dengan lebih profesional dan 'bersih', sebaliknya bukan untuk kepentingan diri. Pada masa ini, sejumlah ahli politik AS mengutamakan kepentingan politik parti, menjadikan strategi terhadap negara lain sebagai alat untuk merebut undi dalam negeri. Ini banyak merosakkan sifat realistik dan pragmatik dasar luar negara itu.

Selain itu, ahli politik AS perlu berpandangan jauh, dan mengamalkan strategi diplomatik negara itu dengan lebih bertanggungjawab. Sejarah merupakan buku teks yang terbaik. Jabat tangan antara China dengan AS pada setengah abad lalu mencipta sejarah dan menjadi rujukan bagi hubungan kedua-dua negara pada masa sekarang.

“Adakah kemungkinan China dan AS hidup bersama tanpa saling mengancam atau berperang? Saya berpendapat, kemungkinan itu wujud pada masa dahulu mahu pun masa ini." Dr. Kissinger mengatakan demikian ketika diwawancara oleh jurnal Economist baru-baru ini.

AS diharap mengambil kebijaksanaan ahli politik veteran itu dan memulihkan dasar yang rasional dan pragmatik terhadap China serta kembali ke landasan Tiga Pengumuman Bersama China-AS. Ini sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara malah seluruh dunia.