Pameran Perdagangan Myanmar-China Buahkan Hasil

2023-05-29 13:17:17  CRI
Share with:

Pameran Ekonomi dan Perdagangan Sempadan Myanmar (Lashio)-China (Lincang), yang juga Pameran Ekonomi dan Perdagangan Myanmar (Naypyidaw)-China (Lincang) telah diadakan di Naypyidaw, Myanmar, dari 25 hingga 28 Mei.

Bertemakan "bina laluan baharu demi pembangunan bersama", pameran kali ini mendirikan lebih 110 ruang pameran.

Difahamkan, delegasi China terdiri daripada 156 anggota, termasuk 130 wakil dari 82 syarikat yang membawa produk makanan, barang kegunaan seharian, alat elektrik, produk fotovolta, kenderaan elektrik, komponen kenderaan dan lain-lain dalam 500 kategori.

Menurut pihak penganjur, jumlah nilai kontrak yang ditandatangani antara syarikat China dan Myanmar mencecah RMB800 juta (RM521.04 juta).