Jepun Diseru Penuhi Kewajiban dalam Isu Pelepasan Air Tercemar Nuklear

2023-05-29 15:21:30  CRI
Share with:

China membantah keras keputusan sepihak Jepun untuk melepaskan air tercemar nuklear loji Fukushima ke laut.

Bantahan itu dizahirkan oleh wakil China ketika berucap pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 yang berlangsung di Geneva, pada 27 Mei.

Wakil China berkata bahawa proses pelepasan air tercemar nuklear Fukushima akan mengambil masa selama 30 tahun. Perairan dekat Fukushima mempunyai arus lautan yang paling kuat di dunia. Sepuluh tahun selepas air tercemar itu dilepaskan ke laut, radionuklid yang berkaitan akan merebak ke lautan di seluruh dunia.

Menurut wakil China itu, langkah ini akan memindahkan risiko kepada semua umat manusia. Kebimbangan serius telah disuarakan oleh kebanyakan negara dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan.

"Sebelum persetujuan dicapai dengan semua pihak, Jepun tidak boleh memulakan pelepasan air tercemar tanpa keizinan.

"China sekali lagi menggesa pihak Jepun agar memenuhi kewajipan antarabangsanya, berunding sepenuhnya dengan pihak-pihak berkepentingan, termasuk negara jiran, dan agensi antarabangsa yang berkaitan, merawat air tercemar nuklear dengan cara paling selamat dan munasabah, dan menerima penyeliaan antarabangsa yang ketat," kata beliau.