Kes-kes Rompakan Kedai Berlaku di AS

2023-05-29 13:22:05  CRI
Share with:

Kes-kes rompakan dan pencurian berlaku di beberapa kedai di Amerika Syarikat (AS) mutakhir ini. Media AS melaporkan, jenayah yang menyasarkan kedai seumpama semakin berleluasa dan memberi impak besar kepada peruncit di negara itu.

Menurut laporan media tempatan, jenayah yang menyasarkan kedai kerap berlaku di bandar-bandar besar seperti San Francisco, Los Angeles, New York, Chicago, dan Portland. 

Menurut data yang diumumkan kerajaan bandar New York, kes pencurian barangan di bandar itu pada tahun 2022 meningkat 44 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan analisis CNN pula, gejala tersebut disebabkan kadar inflasi yang tinggi,  dan kenaikan harga barangan yang menyebabkan banyak keluarga menghadapi krisis kewangan.