Tinjauan CGTN: Penglibatan NATO di Asia-Pasifik Dibantah 70% Responden

2023-05-30 13:30:14  CRI
Share with:

Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) melancarkan tinjauan pendapat umum menerusi laman webnya dalam lima bahasa, iaitu Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, mengenai soalan "Apakah anda menyokong pembukaan jabatan perhubungan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Jepun?"

Keputusan tinjauan dalam 24 jam lalu mendapati bahawa 71.1 peratus responden memilih "membantah keras", manakala 28.9 peratus memilih "menyokong".

Terdapat 90 peratus responden berpendapat, NATO yang ingin meluaskan pengaruhnya ke rantau Asia-Pasifik harus diberi perhatian tinggi. Pada masa sama, 84.6 peratus responden menganggap langkah tersebut pasti akan menjejaskan kedamaian dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik, dan 92 peratus responden bimbang langkah itu akan meningkatkan perlumbaan senjata di negara-negara Asia-Pasifik malah meruncingkan ketegangan serantau.

Terdapat netizen meninggalkan komen bahawa "NATO cuba mendominasi setiap individu melalui peluasan ketenteraan".

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyatakan baru-baru ini, NATO merancang untuk membuka jabatan perhubungan di negara itu. Berita itu lantas menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, terutamanya negara-negara di rantau Asia-Pasifik.