Wang AS Kacau-bilaukan Dunia

2023-05-30 15:26:07  CRI
Share with:

Ketika bertemu Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, Senator Amerika Syarikat Lindsey Graham berkata, “orang Rusia sedang mati, ini wang paling berjaya kami belanjakan.”

 

Maksudnya cukup jelas, AS membayar wang supaya orang Ukraine dan orang Rusia mati bersama-sama dalam perang.

 

Zelenskyy sambil tersenyum menjawab, “terima kasih banyak”.

 

“Wang AS” sedang dan akan terus mengacau-bilaukan dunia. Ada kerajaan digulingkan, ada penduduk terbunuh, dan kesempatan itu digunakan AS untuk memperkukuh kawalannya terhadap dunia.

 

Baru-baru ini dua kes tembakan berlaku di Serbia. Ia dijadikan alasan pihak pembangkang untuk menghasut agar tunjuk perasaan besar-besaran diadakan dan memberi tekanan kepada Presiden Aleksandar Vucic. Ditambah tekanan kerap Kesatuan Eropah terhadap Vucic supaya bertolak ansur dengan pihak pemisah di Kosovo, puak rasisme mudah dihasut menjadi gerakan untuk menggulingkan pentadbiran Vucic, pemimpin sebuah negara Eropah. Satu ketika dahulu mereka pernah terlibat dalam pengeboman NATO, wilayahnya terpecah dan kini kerajaannya menyokong gencatan senjata di Ukraine, tetapi bukan mengikut “wang AS” supaya lebih ramai orang terbunuh, dan penderitaan orang Serbia berulang di Ukraine.

 

Siapakah mendalangi pergolakan di Serbia dan apa niat jahat mereka?

 

Menteri Luar dan Perdagangan Hungary, Szijjarto Peter yang muncul dalam perhimpunan menyokong Aleksandar Vucic di Belgrade pada 26 Mei lalu telah memberi jawapan kepada rakyat Serbia.

 

“Serbia dan Hungary kini menghadapi serangan yang keras. Mengapa mereka menyerang kita? Sebab orang Serbia dan Hungary berusaha mempertahankan kepentingan diri dan negara kita. Kita mampu membuat sedemikian sebab kita ada pemimpin yang kuat. Mereka mengkritik kita juga kerana kita berharap kedamaian wujud di Ukraine, bukanlah meningkatkan risiko perang,” katanya.

 

Risiko perang sedang meningkat, bukan hanya di Eropah. “Wang AS” sering berlegar di rantau Asia, untuk menghasut penentang, agar dapat memaksimumkan kepentingannya di rantau ini.

Tun Mahathir ketika di Jepun baru-baru ini berkata “Kami(Malaysia) mahu bersahabat dengan China, mengapa negara lain tak boleh? Tapi AS menyuruh setiap negara menindas China, memberi tekanan dan mengenakan sekatan ke atas China.”

 

Satria berpendapat ucapan Tun Mahathir ini sebenarnya nak mengingatkan Jepun dan beberapa negara di rantau ini yang jelas melihat kesan “wang AS” baru-baru ini.

 

Sebagai penggerak kerjasama Asia Timur, ASEAN selalu berusaha menggalakkan integrasi serantau. RCEP akan berkuatkuasa secara menyeluruh antara ASEAN dengan lima rakan dialog pada dua hari akan datang. Ia perjanjian perdagangan bebas penting yang digalakkan oleh ASEAN.

 

Namun pada masa yang sama, Jepun sebagai negara anggota RCEP mengumumkan sekatan pengeksportan 23 jenis fasiliti pengeluaran semikonduktor, mengikut agenda AS untuk menyekat pembangunan China.

 

Tindakan ini jelas bercanggah dengan kerjasama perdagangan bebas yang dilihat sebagai jaminan kemakmuran berterusan di rantau ini.

 

Lebih sinis, ketika Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima baru-baru ini, Jepun turut menjadi pembesar suara AS untuk mengada-adakan “ekonomi paksaan” China.

 

China yang mengalu-alukan pelaburan dari Jepun dilabel sebagai “ekonomi paksaan”, manakala AS dan Jepun yang membendung pertumbuhan ekonomi China digambar sebagai mangsa. Begitulah hebatnya “wang AS”.

 

Sebagai kuasa terbesar dunia, AS sememangnya berbesar hati  menyediakan “wang” kepada negara lain. Cuma ada kos juga yang perlu dibayar oleh penerima. Kos ini mungkin nyawa penduduk tempatan, mungkin kestabilan masyarakat, mungkin hubungan mesra dengan jiran, dan juga kedaulatan negara.