Rusia Balas Serangan Dron Ukraine

2023-05-31 14:29:30  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengesahkan bahawa pihaknya telah melancarkan serangan ke atas markas risikan ketenteraan Ukraine, ketika diwawancara media tempatan, pada Selasa.

Diminta mengulas tentang serangan dron di Moskow, Putin mengatakan bahawa sistem pertahanan udara Rusia beroperasi normal, dan perlu ditambah baik lagi.

Beliau mengatakan, Kyiv mahu menakutkan rakyat Rusia dan itulah aktiviti keganasan. Rusia akan mengambil tindakan balas terhadap provokasi Kyiv dan mencari penangggungjawab serangan kali ini.