Qin Gang Ditemui Elon Musk

2023-05-31 14:15:40  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk di Beijing pada 30 Mei.

Qin Gang menyatakan bahawa China komited untuk membina persekitaran perniagaan lebih baik yang berorientasikan pasaran, berasaskan undang-undang, dan bertaraf antarabangsa untuk syarikat dari seluruh dunia, termasuk Tesla.

Beliau berkata, hubungan China dengan Amerika Syarikat (AS) yang sihat, stabil dan membina bukan sahaja sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara, tetapi juga bermanfaat kepada dunia.

Musk menyatakan bahawa AS dan China mempunyai kepenting bersama yang meluas dan tidak dapat dipisahkan. Tesla menentang tindakan "penyahgandingan atau putus rantaian", bersedia untuk terus mengembangkan perniagaannya di China serta berkongsi peluang pembangunan di negara ini.