IAEA Jalan Siasatan di Jepun

2023-05-31 13:13:57  CRI
Share with:

Kumpulan pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengadakan lawatan lima hari ke Jepun bermula Isnin. Pakar dari 11 buah negara itu akan menemui wakil kerajaan Jepun dan Tokyo Electric Power Company (TEPCO), memeriksa kelengkapan pelepasan, dan dijadual mengeluarkan laporan penyiasatan pada Jun.

Menghadapi bantahan keras dan kesangsian seluruh dunia membabitkan pelepasan air tercemar nuklear Fukushima ke laut, kerajaan Jepun dinasihat supaya jangan menggunakan penilaian IAEA untuk mendapatkan permit pelepasan air tercemar.

Apakah pelepasan air tercemar ke laut satu-satunya cara untuk menangani air tercemar nuklear Fukushima? Pelepasan air ke laut adalah kaedah yang berkos paling rendah dan membawa risiko pencemaran paling kecil kepada Jepun. Tindakan yang menjimatkan wang sendiri tapi memindahkan risiko kepada seluruh dunia itu memang sangat tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, apakah data TEPCO mengenai air tercemar nuklear boleh dipercayai? TEPCO kerap kali dilaporkan membuat penipuan dalam data dan kemalangan, termasuk menyembunyikan fakta air tercemar nuklear berkepekatan tinggi terbocor ke laut, dan mengelirukan pelawat dengan menggunakan alat pengesan radiasi bermasalah.

Selain itu, adakah "alat penapis" air tercemar nuklear benar-benar berfungsi dan berkesan? Pada tahun 2021, TEPCO secara terbuka meminta teknologi daripada masyarakat untuk menapis "tritium", bahan nuklear dalam air tercemar nuklear. Beberapa hasil penyelidikan juga mendapati bahawa air tercemar nuklear Fukushima mengandungi sekurang-kurangnya 60 jenis radionuklid yang berkepekatan sangat tinggi. Ia masih tidak boleh ditapis dan diuraikan sepenuhnya dengan teknologi yang ada pada masa ini.

Di samping itu, mengapa Jepun masih belum membuat penilaian saintifik tentang kesan pelepasan air tercemar nuklear terhadap alam sekitar setakat ini? Apakah niat Jepun yang mengetahui air itu berbahaya, tapi masih bertegas nak melepaskannya ke laut?

Akhir sekali, berhubung rancangan untuk melepaskan air tercemar ke laut, mengapa Jepun tidak berunding sepenuhnya dengan pihak-pihak terlibat termasuk negara jiran dan negara kepulauan di Pasifik? Tokyo sama sekali tidak menghiraukan kewibawaan organisasi antarabangsa dan kebimbangan negara-negara jiran.