China Gesa AS Hentikan Tindakan Provokasi

2023-06-01 12:13:27  CRI
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan tindakan provokasi. China akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan sendiri.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Selasa, ketika mengulas tentang tindakan AS menghantar kapal perang dan pesawat untuk melakukan peninjauan ke China.

Mao Ning menyatakan bahawa AS kerap kali menghantar pesawat dan kapal untuk melakukan peninjauan dekat terhadap China, membahayakan secara serius kedaulatan dan keselamatan negara China.

Beliau menegaskan, tindakan provokatif dan berbahaya itu adalah punca yang mengakibatkan masalah keselamatan maritim. AS digesa menghentikan tindakan seumpama dengan serta merta.