Xi Harap Kanak-kanak China Terus Maju di Era Baharu

2023-06-01 15:00:41  CRI
Share with:

Pada 1 Jun setiap tahun iaitu Hari Kanak-kanak Antarabangsa, Presiden Xi Jinping lazimnya akan menyantuni kanak-kanak di serata China dengan menzahirkan harapan serta membuat lawatan ke sekolah tertentu dan membalas surat yang dikirim si kecil.

Pada pagi Rabu, beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) turun padang ke Sekolah Yuying Beijing untuk beramah mesra dengan para guru dan murid-murid.

Dalam tinjauannya, Xi turut menegaskan peri pentingnya untuk meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak sedari usia kecil.

Jelas beliau, amalan senaman fizikal dapat membantu mengurangkan masalah obesiti dan miopia (rabun) dalam kalangan kanak-kanak.

Menyentuh mengenai aspek perkembangan holistik kanak-kanak, Xi berpendapat bahawa si kecil tidak boleh mengabaikan kerja-kerja kemandirian.

Semasa lawatan kali ini, Presiden itu juga meluangkan masa mengunjungi sebuah kebun pertanian yang diusahakan oleh murid-murid sekolah tersebut secara sendiri, bagi melihat sayur yang ditanam mereka.

Dalam sesi ramah mesra di bilik darjah dan pejabat guru, Xi menggalakkan murid-murid menanam minat dalam bidang sains dan teknologi, seterusnya menjadi saintis terkemuka kelak.

Beliau juga berharap golongan itu dapat menyumbang terhadap perjuangan negara untuk mencapai kemandirian serta swadaya dalam sains dan teknologi pada peringkat yang lebih tinggi.