Puteri Sirindhorn akan Melawat China

2023-06-01 11:59:53  CRI
Share with:

Puteri Thailand, Mahajakri Sirindhorn akan melakukan lawatan kali ke-50nya ke China pada 1 hingga 6 Jun.

Lawatan sahabat lama dan baik rakyat China itu, atas undangan kerajaan China, amat dinanti-nantikan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Rabu.

Mao Ning berkata bahawa dalam rangka lawatan itu, pemimpin China akan mengadakan pertemuan dengan Puteri Sirindhorn dan bersama-sama menghadiri majlis meraikan lawatan kali ke-50 Puteri Sirindhorn ke China yang dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan dengan Luar Rakyat China.

Selain Beijing, Puteri Sirindhorn juga akan melawat Guangdong.