Kredit Dolar Amerika akan Dimusnahkan dalam Krisis Hutang AS

2023-06-02 14:56:44  CRI
Share with:

"Gencatan senjata sementara sahaja, tetapi ia masih jauh dari berakhir."

Inilah komen media antarabangsa pada 1 Jun, selepas Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan akta siling hutang, menggantung siling hutang sehingga awal 2025 di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan AS pada tahun fiskal 2024 dan 2025.

Apakah masalah dapat benar-benar diselesaikan, sekiranya akta itu diluluskan oleh Senat dan ditandatangani oleh Presiden?

Pada masa ini, bon negara AS mendominasi pasaran bon global. Sekiranya berlaku kegagalan pembayaran hutang itu, ia akan menjadi bencana kewangan bagi AS malah seluruh dunia.

Sekarang, AS mengambil keputusan untuk menggantung siling hutang selama dua tahun, dan ini bermakna kerajaan AS boleh terus meminjam tanpa siling hutang sehingga awal 2025.

Walau bagaimanapun, penyelesaian seumpama itu hanya langkah menggantung masalah, tetapi tidak menyelesaikannya dari akar umbi. Sebaliknya, ia juga menyebabkan hutang bertambah. Sesetengah penganalisis menegaskan bahawa skala hutang AS akan mencapai rekod baharu pada awal 2025. Oleh itu, kebimbangan pasaran muncul selepas akta siling hutang diluluskan.

Model pertumbuhan yang berasaskan hutang di AS adalah telah merosakkan kredit dolar AS, menjadikan masalah hutang AS sebagai peristiwa 'grey rhino' yang mungkin meletus pada bila-bila masa. Pada asanya, krisis hutang AS adalah akibat perbalahan politik dalaman AS.

Sebagai mata wang rizab dan mata wang pembayaran nombor satu di dunia, dolar AS menyumbang hampir 60 peratus daripada rizab antarabangsa dan hampir 40 peratus daripada pembayaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, hak istimewa itu sudah dijadikan alat AS untuk menjaga kepentingannya sendiri.

Agensi penarafan antarabangsa Moody's baru-baru ini mengeluarkan laporan bahawa krisis hutang AS dan penyalahgunaan sekatan akan mengancam kedudukan dolar AS, dan sistem monetari global akan menjadi lebih pelbagai dalam beberapa dekad yang akan datang.