ACU akan Lancar Sistem Penjelasan Baharu

2023-06-02 12:51:33  CRI
Share with:

Televisyen Russia Today memetik laporan akhbar Le Monde Iran pada 1 Jun bahawa Asian Clearing Union (ACU) akan melancarkan sistem penjelasan kewangan rentas sempadan baharu pada bulan ini, sebagai alternatif kepada sistem Kesatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT).

Timbalan Gabenor Bank Pusat Iran, Mohsen Karimi menyatakan bahawa sistem baharu itu boleh menggantikan sepenuhnya sistem SWIFT dan menggalakkan proses dedollarisasi global. Sistem baharu ini hanya akan diguna pakai oleh ahli ACU, tetapi negara lain boleh dialu-alukan untuk menyertainya.

ACU yang ditubuhkan pada tahun 1974 merupakan institusi penjelasan perdagangan pelbagai hala serantau yang terdiri daripada sembilan anggota termasuk India, Pakistan dan Iran.