Dari Mana Datangnya Logik Seperti Melanun?

2023-06-02 17:01:30  CRI
Share with:

Kemakmuran dan kestabilan Asia Pasifik merupakan aspirasi rakyat semua negara, ujar Menteri Pertahanan China Li Shangfu semasa bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Ng Eng Hen pada Khamis.

 

Sebelum bermulanya Dialog Shangri-La, Washington tampil menggembar-gemburkan isu berkaitan pertemuan ketua pertahanan China dan Amerika Syarikat (AS), dengan mendakwa tindakan Beijing menolak pertemuan dua hala itu sebagai sangat tidak bertanggunjawab dan akan mencetuskan panik di negara Asia lain.

 

Keputusan Beijing itu dibuat susulan tingkah laku provokatif yang sering dilakukan AS dengan niat mengekang China.

 

Mutakhir ini, Pentagon menghantar sebuah pesawat ke Laut China Selatan untuk melakukan pengintipan.

 

Hakikinya, ia menjadi modus operandi yang selalu diguna pakai AS untuk mengacau-bilaukan situasi Laut China Selatan.

 

Selaku kuasa luar rantau, AS juga nekad memperjuangkan hak bersuara yang langsung tidak patut dimilikinya, dengan agenda memecahbelahkan ASEAN.

 

Baru-baru ini, negara itu melobi ke merata-rata tempat supaya mewujudkan pakatan keselamatan ‘AS-Jepun-Filipina’ dan ‘AS-Filipina-Australia’.

 

Menjelang Dialog Shangri-La di Singapura, AS turut mengambil kesempatan ini untuk mencanangkan ‘teori ancaman China’.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China membalas dengan mengatakan, China mementingkan hubungan ketenteraan dengan AS serta komunikasi membabitkan pelbagai peringkat, dan pertukaran antara tentera kedua-dua negara sentiasa berterusan.

 

Namun, AS, pada satu pihak, terus berkata ia mahu mengukuhkan komunikasi, tetapi sebaliknya mengabaikan kebimbangan China dan sengaja mewujudkan halangan.

 

Menurut jurucakap tersebut, tindakan seumpama itu secara serius merosakkan rasa saling percaya sesama tentera.

 

Dengan membangkitkan pergeseran, AS mahu komunikasi dengan China dijalankan seperti yang dikehendakinya.

 

Jika ditolak, negara itu tanpa berlengah akan memarahi China dengan alasan ‘mencetuskan ketidaktentuan’ dan ‘merosakkan keamanan’.

 

Dari mana datangnya logik seperti melanun ini?