Doktor Haiwan Peringkat Akar Umbi yang Viral dalam Dunia Siber

2023-06-02 10:29:14  CRI
Share with:


Bai Hua, vet wanita yang dilahirkan selepas 1995 bertugas di peringkat akar umbi di daerah Yuanzhou, bandar Guyuan, wilayah Ningxia. Doktor haiwan yang menjadikan rawatan untuk lembu dan kambing sebagai kerja rutin itu, mempunyai lebih sejuta “peminat” dalam dunia siber.


Selepas tamat dari Sekolah Vokasional Guyuan, Bai sebagai doktor haiwan pernah bertugas merawat haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing. Namun sekarang ini, beliau lebih berminat mengubati haiwan ternakan besar seperti kambing dan lembu sebab dikatakannya “suka cabaran yang lebih besar”.

Di bawah pengaruh Bai, terdapat beberapa orang vet muda yang juga memilih pulang ke kampung halaman untuk menceburkan diri dalam kerjaya perubatan haiwan. Bai bercita-cita membuka sebuah “hospital haiwan” untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih profesional kepada penternak tempatan.