China akan Sumbang 55 Peratus Peningkatan Kapasiti TBB Dunia

2023-06-02 14:38:02  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengeluarkan laporan mengenai prospek pasaran tenaga boleh baharu  (TBB) edisi Jun 2023, pada Khamis.

Laporan itu mengunjurkan bahawa kapasiti TBB akan berkembang pesat di seluruh dunia pada tahun ini, bertambah kira-kira satu pertiga berbanding tahun lalu. Antaranya fotovoltaik suria dan tenaga angin dijangka mencapai peningkatan paling banyak.

Menurut laporan IEA tersebut, China akan terus menjadi peneraju dalam industri ini, dan akan menyumbangkan kira-kira 55 peratus kepada pertambahan kapasiti TBB di dunia pada tahun 2023 dan 2024.

Menurut unjuran IEA, kapasiti TBB sejagat akan mengekalkan trend peningkatan pada 2024, hingga mencapai 4,500 gigawatt (GW), bersamaan jumlah keseluruhan kapasiti TBB di China dan Amerika Syarikat (AS) pada masa ini.