Kereta Api Berlanggar di India, 238 Maut
2023-06-03 15:08:55 CRI
Kemalangan perlanggaran kereta api berlaku di wilayah Odisha, India pada Jumaat malam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 238 orang terbunuh, dan 650 lagi cedera.
Menteri Kereta Api India Ashwini Vishnow memberitahu media hari ini bahawa mangsa korban dalam kemalangan ngeri itu dijangka akan diberikan 1 juta rupee (kira-kira RM55 ribu) sebagai pampasan.