Pembangunan China Mengagumkan: Presiden DRC Felix Tshisekedi

2023-06-03 15:57:49  CRI
Share with:

Jalan modenisasi China memberi banyak inspirasi kepada negara-negara Afrika termasuk Republik Demokratik Congo (DRC). Peningkatan hubungan antara China dengan DRC dinaik taraf ke perkongsian strategik komperhensif pasti akan menyuntik momentum kuat kepada perkembangan hubungan dua hala pada masa hadapan.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Republik Demokratik Congo, Félix-Antoine Tshisekedi Tshilombo ketika diwawancara eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG) sempena lawatan kali pertamanya ke China pada 28 Mei.

Ketika diminta memberi pandangan tentang Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) anjuran Presiden China Xi Jinping, Felix Tshisekedi berpendapat bahawa inisiatif tersebut amat bermakna.

"China membuat pelaburan dalam banyak projek infrastruktur di Afrika. Pembangunan tidak dapat diwujudkan tanpa infrastruktur. Oleh itu, lebih banyak inisiatif seumpama itu adalah amat dialu-alukan.

"Hubungan China dengan Republik Demokratik Congo adalah hubungan rakan yang saling menguntungkan," ujar beliau.