Pemodenan dan Perindustrian, Kunci Kejayaan China: Presiden Eritrea

2023-06-03 15:52:12  CRI
Share with:

Tahun ini ialah ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara China dengan Eritrea.

Presiden Eritrea, Isaias Afewerki ditemu bual eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG) semasa lawatannya ke China baru-baru ini.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan China telah memberi banyak inspirasi kepada negara membangun, dan berharap perpaduan dan kerjasama antara China dan Afrika dapat mempercepat pembangunan Afrika.

Presiden Isaias Afewerki menegaskan beliau menentang campur tangan dari pihak luar dan mengutuk tindakan sekatan di bawah hegemonime. Beliau menolak teori yang dipanggil "perangkap hutang" China, dan menekankan bahawa kerjasama antara Afrika dengan China adalah saling menguntungkan tidak boleh dihitamkan.

Semasa diminta memberi pandangan mengenai jalan modenisasi China, Presiden Isaias berkata, China telah membuktikan melalui pencapaiannya bahawa pemodenan dan perindustrian adalah kunci kejayaannya.

"Apa yang telah dicapai oleh China adalah sangat memberangsangkan, terutamanya bagi rakyat Afrika, mereka boleh belajar banyak daripadanya," kata beliau.