China Gesa AS Hentikan Interaksi Rasmi dengan Taiwan

2023-06-03 15:29:23  CRI
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, mengendalikan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Taiwan secara berhati-hati, dan menghentikan sebarang bentuk interaksi rasmi dengan Taiwan.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Perdagangan China ketika diminta mengulas mengenai penandatanganan perjanjian pertama di bawah "Inisiatif Perdagangan pada Abad Ke-21" antara AS dan wilayah Taiwan China.

Menurut jurucakap itu, China membantah sekeras-kerasnya tindakan AS tersebut. Taiwan ialah wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. China dengan tegas menentang hubungan rasmi dalam apa jua bentuk antara Taiwan dengan negara yang telah menjalin hubungan diplomatik dengan China, termasuk kegiatan berunding dan menandatangani perjanjian ekonomi dan perdagangan dengan implikasi berdaulat atau bersifat rasmi.