Kegiatan Membuat Kekacauan dan Meninggalkan Kecelaruan Tidak Diizinkan di Rantau Asia-Pasifik: Li Shangfu

2023-06-04 16:08:16  CRI
Share with:


Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Li Shangfu menyampaikan ucapan yang bertajuk "Inisiatif Keselamatan Baharu China", sempena menghadiri Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura pagi tadi.
“Ada negara mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan isu serantau secara sesuka hati, mengenakan sekatan sepihak, menakutkan negara lain dengan kekerasan, dan mencetuskan 'revolusi warna' serta perang proksi di serata tempat. Mereka membuat kekacauan dan meninggalkan kecelaruan. Perkara seumpama itu adalah tidak dizinkan berulang lagi di rantau Asia-Pasifik," ujar Li.