China Tegas Memelihara Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah: Li Shangfu

2023-06-04 16:06:48  CRI
Share with:


Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Li Shangfu menyampaikan ucapan yang bertajuk "Inisiatif Keselamatan Baharu China", sempena menghadiri Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura pagi tadi.
Menyentuh isu Taiwan, Li menyatakan bahawa isu tersebut merupakan kepentingan teras China.
“Kami akan sedaya upaya untuk mewujudkan penyatuan semula negara secara damai. Namun pada masa sama, kami tidak berjanji mengelak penggunaan kekerasan.
“Sekiranya sesiapa ingin memisahkan Taiwan dari China, tentera China tidak akan berganjak, tidak takut akan mana-mana pihak, dengan tegas memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah dengan apa jua cara” kata Li.