Salah Pandang Pembangunan China, Bagai Katak di Bawah Tempurung: Presiden Timor-Leste

2023-06-05 15:07:38  CRI
Share with:

Kenyataan segelintir negara yang menyifatkan pembangunan China sebagai ancaman adalah tidak meyakinkan sama sekali, kata Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta.

Ketika berucap dalam Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura pada Ahad, Horta berkata kepentingan, kebajikan rakyat dan keselamatan China saling berkait dengan semua negara di dunia.

"Rakan-rakan di Amerika Syarikat (AS) dan benua Eropah sepatutnya berfikir mengapa semakin banyak negara mengalihkan prioriti mereka kepada kerjasama dengan China," ujar beliau.

Horta menyatakan China selaku sebuah kuasa besar merupakan sahabat sejati kepada negara-negara membangun.

Beliau turut mengkritik persepsi segelintir negara berkenaan bagaikan 'katak di bawah tempurung'.