Kenapa Menteri Pertahanan China dan AS Gagal Bertemu di Dialog Shangri-la

2023-06-05 15:36:55  CRI
Share with:

Sewaktu berlangsungnya Dialog Shangri-la di Singapura baru-baru ini, Menteri Pertahanan China, Jeneral Li Shangfu berjabat tangan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin. Namun, ia tergantung di situ dan tiada pertemuan dua hala dilakukan.

 

Hari ini, Diplomat Kanan AS yang juga Penolong Setiausaha Negara Hal Ehwal Timur Asia iaitu Daniel Kritenbrink melawat China.

 

Terdahulu pada Mei, Wang Yi telah bertemu dengan Jake Sullivan, Penolong Presiden AS Ehwal Keselamatan Negara di Vienna. Menteri Perdagangan China Wang Wentao turut bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Gina Raimondo dan Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai dalam mesyuarat peringkat menteri APEC.

 

Dalam ketiga-tiga situasi, kita boleh simpulkan bahawa pihak yang menutup pintu komunikasi dalam bidang ketenteraan kedua-dua negara adalah AS sendiri.

 

Pada tahun 2018, Jeneral Li Shangfu dikenakan sekatan oleh AS dengan alasan mengesahkan pengimportan Su-35 dan S-400 dari Rusia sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kelengkapan Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China. Jeneral Li dilarang menggunakan sistem perkhidmatan kewangan AS dan dilarang masuk AS.

 

Yang menarik, India yang melabur lebih USD5 bilion untuk Projek Su-57 yang jauh lebih maju dan juga mengimport S-400, tapi langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.

 

Berdasarkan laporan Barat, Kongres AS menolak sekatan terhadap India supaya negara Asia Selatan itu mampu terus bertentangan dengan China.

 

Ini telah jelas mendedahkan niat jahat AS.

 

Apa yang dikatakan “tata tertib berasaskan peraturan” hanya akan terlaksana untuk kepentingan negara AS. Tetapi, apabila wujudnya pertikaian antara negara, yang dipertimbangkannya bukanlah menggalakkan rundingan damai, sebaliknya menghasutkan pertentangan.

 

Jeneral Li yang dikena sekatan oleh AS tentulah tidak mungkin mengadakan rundingan dengan Lloyd Austin. Tapi ini tidak mengganggu beliau bertemu dengan rakan sejawatnya dari pelbagai negara yang lain, termasuk Singapura, Malaysia, Filipina, Australia, Korea Selatan dan juga Jepun.

 

China tidak menolak dialog sama rata. Komunikasi yang tulus dan ikhlas membantu mengelakkan salah faham dan kejadian di luar kawalan.

 

Dengan platform Dialog Shangri-la, Jeneral Li Shangfu juga telah membentangkan Inisiatif Keselamatan Baharu China yang berbeza dengan niat jahat AS.

 

Beliau menyatakan bahawa hubungan antara China dengan AS berkait rapat dengan kestabilan strategi global dan menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

 

"Saling menghormati, hidup bersama secara damai, dan kerjasama menang-menang, inilah tiga prinsip yang harus diamalkan dalam hubungan China-AS," kata beliau.

 

Menyentuh isu Taiwan, Li menyatakan bahawa isu tersebut merupakan kepentingan teras China.

 

“Barang sesiapa yang berniat memisahkan Taiwan dari China, tentera China tidak akan berganjak, tidak takut akan mana-mana pihak, dengan tegas memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah dengan apa jua cara,” tegasnya.

 

Setelah mendengar ucapan Jeneral Li, Bekas Naib Menteri Luar Indonesia, Dino Patti Djalal menyatakan bahawa setiap negara Asia tidak mahu campur tangan kuasa luar.

 

“Apa yang kami mahu adalah kerjasama dan rasa saling mempercayai. Saya yakin Indonesia telah bersedia bekerjasama dengan China untuk memperkukuh kedamaian di rantau ini,” ujar beliau yang juga mantan Duta Besar Indonesia ke AS.

 

Presiden Timor Leste, José Manuel Ramos-Horta menyifatkan negara-negara tertentu melihat China seperti “katak dalam perigi”, dan konsep “China merupakan ancaman serantau dan global” tidak berasas.

 

Menurut beliau, kepentingan dan keselamatan China berkait rapat dengan semua negara di dunia ini, dan China tidak logic untuk “membunuh lembu susu yang sedang mengeluarkan susu”.

 

Sikap negara-negara Asia Tenggara pun jelas, iaitu mahu mengutamakan kestabilan dan keselamatan serantau.

 

China datang dengan membawa inisiatif menjamin kestabilan dan keselamatan serantau, manakala pihak AS menggunakan platform ini untuk menghasutkan pertentangan.