Tokoh Asing Puji Ucapan Menteri Pertahanan China
Tokoh-tokoh asing menyifatkan pendirian Beijing yang disampaikan Menteri Pertahanan China Li Shangfu menerusi ucapan pada Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura sebagai amat jelas dan konsisten.
Penasihat utama di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Dr Oh Ei Sun berkata ucapan Li memberi penekanan kepada Inisiatif Keselamatan Global syor China, terutamanya persepsi berhubung amalan saling menghormati kedaulatan dan mencapai situasi menang-menang yang turut disahut baik oleh para peserta.
Menurut beliau, negara Asia Tenggara berharap agar China dapat memainkan peranan yang lebih positif dalam bidang keselamatan.
Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri Indonesia, Dino Patti Djalal menganggap ucapan itu amat berguna kerana ia memberi gambaran penuh perancangan ketenteraan Beijing, hubungan geopolitik antara China dengan rantau ini dan seluruh dunia, serta persepsi China terhadap hubungan Beijing-Washington dan lain-lain.
Bagi setiap negara Asia, sudah tentu mereka tidak mahu diganggu oleh kuasa luar, sebaliknya mengharapkan kerjasama dan membina kepercayaan, kata beliau.