OPEC+ Capai Perjanjian Potong Pengeluaran Minyak

2023-06-05 11:42:18  CRI
Share with:

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) mencapai persetujuan mengenai pengurangan pengeluaran minyak semasa bermesyuarat di Vienna pada 3 hingga 4 Jun.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat itu, perjanjian pengurangan pengeluaran yang dicapai negara pengeluar minyak terbabit pada 2023 akan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Sementara itu, tahap pengeluaran keseluruhan minyak mentah dilaraskan kepada 40.463 juta tong sehari sepanjang tahun depan.

Berbanding dengan tahap output semasa, pengeluaran minyak mentah harian pada 2024 diturunkan kira-kira 1.4 juta tong.