Nahas Tren India: Perkhidmatan Stesen Bahanaga Disambung Semula

2023-06-05 11:40:51  CRI
Share with:

Media India melaporkan perkhidmatan tren di stesen Bahanaga di negeri Odisha, tempat berlakunya kemalangan kereta api yang tragik, disambung semula pada malam Ahad.

Menurut pihak rasmi, kemalangan itu mengakibatkan seramai 275 orang maut.

Menteri Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw berkata siasatan awal menunjukkan bahawa kemalangan itu berpunca daripada perubahan yang berlaku pada peranti saling kunci elektronik.