AGM IATA: Perkhidmatan Udara Kembali Rancak

2023-06-06 14:33:27  CRI
Share with:

Permintaan terhadap perjalanan udara di peringkat global terus kukuh pada tahun ini, menyaksikan bilangan penumpang kembali ke 90 peratus daripada paras dicatat pada 2019.

Demikian kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) IATA edisi ke-79 di Istanbul, Turkiye pada Isnin.

Menurut IATA, sektor penerbangan awam global dijangka memperoleh pendapatan berjumlah USD803 bilion (RM3.7 trilion) pada tahun ini, meningkat 9.7 peratus berbanding tahun lepas.

Antaranya keuntungan bersih sebanyak USD9.8 bilion (RM45.09 bilion), menjadikan 2023 tahun pertama yang mencatat keuntungan selepas 2019.

Menurut statistik terkini, industri penerbangan awam di rantau Asia Pasifik sedang pulih pantas dengan lonjakan direkodkan dari segi bilangan penumpang.

Dalam pada itu, prestasi pasaran penerbangan China amat dinanti-nantikan.

Naib Presiden IATA bagi Asia Utara, Xie Xingquan berkeyakinan penuh terhadap prestasi pasaran China, baik dalam jangka pendek, sederhana ataupun jangka panjang.