Laksamana Muda Chung-Hoon Mesti Malu Atas Tindakan USS Chung-Hoon

2023-06-06 13:55:08  CRI
Share with:

Laksamana Muda Chung-Hoon, adalah seorang perantau China yang sentiasa diingati sebagai pahlawan kerana bertempur dengan Jepun dan menyelamatkan kru sebagai kapten kapal pembinasa angkatan tentera laut Amerika Syarikat semasa berlakunya Perang Pasifik.

 

Dengan perjuangan dan korban para pahlawan negara sekutu seperti Chung-Hoon dan juga rakyat China, fasis Jepun ditewaskan, Taiwan dikembalikan kepada China, dan Asia Tenggara turut merdeka.

 

Ya, itulah adalah susur masa atau timeline dan juga tata tertib berasaskan peraturan selepas WWII.

 

Tapi, secara peribadinya, Satria dapat rasakan yang Laksamana Muda Chung-Hoon pasti akan berasa malu sekiranya melihat kapal pembinasa USS Chung-Hoon milik Armada Ke-7 berulang kali memasuki Selat Taiwan berniat untuk memisahkan Taiwan dari China.

 

Kali ini, USS Chung-Hoon membawa sebuah lagi kapal perang dari Kanada yang kononnya ingin melakukan “pelayaran bebas”.

 

Jangan lupa, pada 73 tahun yang lalu, ketika Republik Rakyat China telah ditubuhkan, PLA telah membebaskan kebanyakan wilayah China dan merancang menyeberangi Selat Taiwan untuk mewujudkan pembebasan seluruh negara, Armada Ke-7 juga tanpa berlengah terus memasuki Selat Taiwan untuk menghalang.

 

Boleh disifatkan, pelayaran kapal perang AS di Selat Taiwan merupakan campur tangan terhadap penyatuan China, dan usaha ini langsung tidak berubah sejak lebih tujuh dekad yang lalu.

 

Tentulah China tidak boleh menerima trend ini berterusan untuk 70 tahun lagi. Kali ini, kapal pembinasa 132 PLA memilih memberi amaran dengan melayar di depan USS Chung-Hoon, memaksa kapal pembinasa itu menurunkan kelajuannya.

 

Ya, seperti yang kita dapat agak, media Barat terus membesar-besarkan berita dengan tajuk “interaksi tidak selamat kapal perang China”.

 

Ia ditambah lagi dengan berita “jet pejuang China mengancam keselamatan pesawat pengintip di Laut China Selatan”, sehingga Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin menegaskan “Washington tidak akan membiarkan paksaan dan buli China” dalam Dialog Shangri-la.

 

Lucu bukan? Jadi, kini China telah mampu memaksa dan membuli AS?

 

Satu fakta yang sengaja terlupa didedahkan dalam berita-berita Barat adalah USS Chung-Hoon berada di Selat Taiwan, dan bukannya kapal pembinasa 132 PLA mendekati Hawaii.

 

Pesawat pengintip RC-135 mengintip di lokasi yang hanya 50 kilometer dari Tanah Besar China, dan bukannya pesawat pengintip China mendekati pantai barat AS.

 

Tapi, kita semua faham permainan media Barat yang hanya melaporkan perisitiwa ini berlaku di “Laut China Selatan”, supaya mereka dapat menghasut situasi sensitif serantau.

 

Menteri Pertahanan China, Li Shangfu dalam Dialog Shangri-la membalas perisitiwa berkenaan bahawa beliau hampir setiap hari mendapat laporan terdapatnya kapal perang dan pesawat ketenteraan AS bergerak dekat wilayah China. Mereka bukan untuk transit sahaja di kawasan laut dan udara antarabangsa, sebaliknya berulang kali berkeliaran di sana.

 

Persoalannya, adakah ini “pelayaran bebas” atau berniat jahat?

 

Selat Taiwan dan Laut China Selatan sebagai laluan perniagaan yang paling, pelayaran bebas kapal kargo pelbagai negara tidak menghadapi sebarang masalah.

 

Sebaliknya kapal perang AS yang berlayar sewenang-wenang di seluruh dunia inilah ancaman terbesar terhadap pelayaran bebas kapal pelbagai negara.

 

Pada tahun 1993, kapal kargo “Yinhe” China dihalang oleh kapal perang di Teluk Persian. Pihak AS mendakwa kapal China menghantar bahan untuk mengeluarkan senjata kimia ke Iran. Setelah disekat di laut selama sebulan dan menghadapi masalah kekurangan bekalan bahan makanan dan minuman, China terpaksa mengizinkan kapal kargo “Yinhe” memasuki Pelabuhan Dammam dan menerima pemeriksaan bersama China, Aarb Saudi dan AS.

 

Keputusan telah membuktikan tidak sedikit pun bahan kimia dibawa oleh kapal China. AS mengiktiraf kesilapan maklumat, tapi itu saja, kapal perang AS terus dihantar ke seluruh dunia untuk “pelayaran bebas”.