Modus Operandi AS Nescaya Sia-sia

2023-06-06 15:59:38  CRI
Share with:

Mutakhir ini, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan sikap tidak konsisten dan bercanggah ketika mengendalikan hubungan dengan China.

Dari satu segi, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin membangkitkan lagi isu berkaitan Taiwan serta 'kebebasan pelayaran' pada Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura.

Sementara pihak tentera AS menggembar-gemburkan laporan mengenai kapal perang negara itu dipintas oleh pihak China semasa belayar melintasi Selat Taiwan.

Sebaliknya, Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Daniel Kritenbrink membuat lawatan di Beijing untuk berkomunikasi dengan negara Tembok Besar.

Sambil bertindak mengekang sambil mahu berdialog, inilah modus operandi yang lazimnya dimainkan AS.

Kelakuan AS seumpama turut mencerminkan kecelaruan ekologi politik Washington.

Negara itu berlagak hendak berkomunikasi dengan China sementara mahu China menerima peraturan permainannya.

Segelintir politikus AS langsung tidak tahu adab pergaulan sesama negara yang paling asas, iaitu menghormati kedaulatan negara.

Fikirlah, apakah reaksi Washington jika ada kapal perang atau pesawat negara lain melakukan rondaan di pantai barat atau timur AS? Adakah ia masih boleh diterima?

Yang berbuat salah mesti membetulkan kesilapannya, dengan benar-benar memahami prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi menang-menang.