Wang Yi Temui Puteri Thailand Sirindhorn

2023-06-07 11:39:42  CRI
Share with:

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn di Beijing pada Selasa.

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, mengalu-alukan lawatan kali ke-50 Puteri Sirindhorn ke China dan menyifatkannya sebagai satu titik permulaan baharu.

Beliau menyatakan sejak beberapa dekad lalu, Puteri Sirindhorn telah menjejakkan kaki ke merata-rata tempat di China, sekali gus membuat sumbangan penting bagi memperkasa pertukaran sesama rakyat dan persahabatan kedua-dua negara.

China bersedia terus bekerjasama dengan Thailand ke arah memantapkan perkongsian strategik komprehensif dan memperkaya konotasi komuniti berkongsi nasib, katanya.