Jepun Cepat Akan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut

2023-06-07 16:50:46  CRI
Share with:

Jepun mula menyalurkan air laut ke dalam terowong yang dibina untuk melepaskan air tercemar nuklear ke lautan daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah.

 

Hasil penelitian terbaru yang diumumkan Institut Sains dan Teknologi Laut Korea dan Institut Tenaga Nuklear Korea menunjukkan, apabila air tercemar nuklear dibuang di perairan Pulau Fukushima yang terletak di sebelah timur Jepun, maka elemen radioaktif dalam air akan mengalir ke arah timur seiring gelombang hangat Jepun, dan akhirnya akan tersebar ke seluruh dunia pada 10 tahun kemudian.

 

Laman web Kementerian Perlautan dan Perikanan Indonesia menerbit laporan yang bertajuk “Reaktor Nuklir Fukushima - Ancaman Bagi Kelestarian Biota Laut di Perairan Jepun”.

 

Berdasarkan laporan Kyodo News Jepun, ikan yang ditangkap di teluk dekat Fukushima pada bulan Mei mengandungi bahan radioaktifnya mencatat 180 kali ganda berbanding standard kesihatan makanan Jepun.

 

Lebih merisaukan, Asia Tenggara pula akan menjadi antara kawasan yang paling awal menghadapi pencemaran radioaktif. Ia berkemungkinan akan membawa impak besar kepada sektor-sektor seperti perikanan, pelancongan dan kesihatan awam.

 

Kita ada satu lagi fakta sejarah perlu diingatkan semula.

 

Ketika kemalangan Stesen Jana Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi berlaku ekoran gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011, Kementerian Ekonomi dan Industri Jepun mengeluarkan lima pelan untuk menangani air radioaktif, termasuk pelepasan secara pengewapan, membina tangki baharu untuk menyimpan, dan menutupnya dengan simen.

 

Hasilnya? Mereka (kerajaan Jepun) akhirnya memutuskan langsung melepaskan air radioaktif ke laut sebab kos dan pencemaran terhadap wilayah Jepun diri paling rendah.

 

Ya, kos dan pencemaran untuk Jepun memang paling rendah. Tetapi kini, yang perlu pikul kos dan pencemaran yang lebih besar adalah seluruh dunia.

 

Untuk mencerminkan pelepasan air radioaktif adalah selamat, Jepun mengundang Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk mengadakan pemeriksaan. Namun, mandat kerajaan Jepun terhadap IAEA hanyalah untuk menilaikan pelepasan air radioaktif ke laut, dan bukannya membuat penilaian pelan mana yang paling selamat.

 

Kumpulan kerja teknikal IAEA juga menunjukkan, pelan pembuangan air radioaktif Jepun ada yang tidak sesuai dengan standard keselamatan pihaknya.

 

Dalam mesyuarat Majlis IAEA yang diadakan di Vienna kelmarin, wakil Jepun masih memujuk dunia supaya yakink bahawa air radioaktif dari Fukushima telah ditangani, tiada perbezaan dengan air yang dibuangkan oleh loji jana kuasa nuklear yang lain.

 

Kalau air itu adalah selamat, mengapa dulu perlu disimpan dalang tangki? Mengapa kini memilih terus dibuangkan ke laut berbanding digunakan semula dalam negeri Jepun?

 

Air yang digunakan untuk mendinginkan reaktor yang telah mencair di Fukushima tentulah tidak sama berbanding ari yang digunakan untuk mendinginkan rod nuklear yang tidak kebocoran dalam loji jana kuasa nuklear yang lain. Ia telah secara langsung menyentuh bahan nuklear.

 

Oleh itu, pengurusan air tersebut akan menggunakan waktu dan kos yang luar biasa dan air tercemar seperti ini akan terus bertambah 130 tan sehari.

 

Jepun sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak G7 katanya telah menghidangkan makanan dari Fukushima kepada para pemimpin tersohor di dunia. Kalau negara-negara tersebut pula menyokong pandangan Jepun, mereka dipersilakan menerima air dari Fukushima dulu untuk mengurangkan kebimbangan dunia, khususnya negara-negara jiran Jepun.