China, Amerika Latin Rancakkan Pembinaan Bersama BRI

2023-06-07 14:24:17  CRI
Share with:

China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomás Massa ke Beijing.

 

Untuk rekod, Argentina telah menyertai BRI pada Februari tahun lalu dan jumlah negara Amerika Latin yang mengambil bahagian dalam BRI direkodkan sebanyak 21 buah.

 

Dalam tempoh sedekad ini juga, China berjaya mengekalkan kedudukannya  secara berturut-turut sebagai rakan dagang kedua terbesar untuk negara Amerika Latin dengan perdagangan kedua-dua pihak turut mencipta rekod pada 2022 apabila mencatatkan jumlah sebanyak USD485.79 bilion (RM2.24 trlion).

 

Kejayaan tersebut merupakan bukti kepada pembinaan bersama BRI yang terus menjana jumlah perdagangan kedua-dua pihak, dan negara Amerika Latin pada masa sama turut mendapat laba daripada pertumbuhan ekonomi China.

Difahamkan, berikutan beberapa projek kerjasama di bawah kerangka BRI turut terletak di kawasan-kawasan terpencil negara Amerika Latin, pelaksanaannya dilihat terus merancakkan pembangunan setempat dan penyediaan peluang pekerjaan sehingga meningkatkan taraf hidup penduduk.

 

BRI antara lain turut menyuntik momentum baharu kepada pembangunan negara Amerika Latin bagi memperkukuh kemampuan negara-negara terlibat.

 

Antaranya, pembinaan infrastruktur model baharu sedang menjadi titik baharu dalam kerjasama dua hala.

 

Mempunyai kelebihan dalam teknik dan pengalaman melalui kerjasama BRI, China telah mendorong pembangunan kerjasama yang berkualiti tinggi dalam bidang ekonomi hijau, ekonomi digital, serta sains dan teknologi tinggi, secara tidak langsung menjadi enjin baharu kepada transformasi dan pembangunan rantau Amerika Latin.

 

Sebagai pelopor BRI yang memasuki ulang tahun ke-10 pada tahun ini, China sedang mendorong modenisasi ala China dengan pembangunan berkualiti tinggi dan diyakini akan membawa lebih banyak peluang kepada pelbagai negara di dunia termasuk negara Amerika Latin.