Latihan Bersama Komodo 2023 Dilancarkan di Indonesia
2023-06-07 16:42:13 CRI
Latihan tentera laut pelbagai hala Komodo (MNEK) 2023 dilancarkan di Pelabuhan Soekarno-Hatta, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Isnin.
Kapal pembinasa Zhanjiang dan kapal frigat Xuchang China menyertai sesi perbarisan armada antarabangsa selepas majlis pembukaan.
MNEK, latihan maritim bersama multinasional dianjurkan tentera Laut Indonesia setiap dua tahun.
Dijadual berlangsung hingga 8 Jun, latihan kali ini diadakan di darat dan laut merangkumi operasi memintas, mencari dan menyelamat (SAR) dan lain-lain.