Nak Kekal Keberadaan, Sia-sia Sahaja
Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menjejak kaki ke Arab Saudi.
Setiausaha Negara Antony Blinken dilaporkan melawat negara Asia Barat itu bermula 6 hingga 8 Jun, menyusul kunjungan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) William Burns pada April dan Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan pada Mei.
Laporan Reuters berbunyi, Washington berbuat demikian dengan tujuan mengukuhkan hubungan dengan Riyadh.
Serentak itu, Asia Barat menyaksikan berlakunya dua peristiwa penting, iaitu kedutaan besar Iran di Arab Saudi dibuka semula, serta kata sepakat dicapai oleh Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Kemajuan seumpama memang dialu-alukan mereka yang mencintai keamanan, melainkan AS.
Timbalan Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Semenanjung Arab, Daniel Benaim berkata terus terang mengenai tujuan lawatan Blinken berkenaan.
AS akan terus mengekalkan keberadaannya di Asia Barat, dan takkan meninggalkan ruang kosong untuk diisi oleh pesaing lain.
Kenyataan tersebut berbaur rasa bimbang dan kedegilan.
AS tidak mahu melihat dirinya sendiri menjadi kuasa yang paling tidak diingini di Asia Barat.
Washington kerap menghantar pegawai kanan ke Arab Saudi, dengan niat mengelak berlakunya perubahan geopolitik di Asia Barat.
Sehari sebelum bertolak ke Riyadh, Blinken mengumumkan penambahan satu lagi jawatan tinggi diplomatik untuk membantu menggerakkan proses integrasi di Asia Barat.
Di mata penganalisis, tindak itu adalah untuk meningkatkan kehadiran AS di Asia Barat dan memudahkan negara itu terus campur tangan dalam hal ehwal rantau berkenaan.
Di satu pihak, terdapat perubahan baharu yang menyaksikan negara Asia Barat bersatu padu untuk mengejar pembangunan secara berdikari; sebaliknya, AS fanatik dengan mentaliti menghasut konfrontasi sesama blok.
Arus rekonsiliasi yang kini ‘membadai’ Asia Barat menyangga pandangan sarjana AS Gregory Gause bahawa era Washington mendominasi Asia Barat sudah berakhir.