Budaya Baba Nyonya Cerminkan Ciri Khas Inklusif dan Damai Budaya China

2023-06-08 15:17:34  CRI
Share with:

Baba dan nyonya adalah budaya istimewa yang mewarisi budaya China dan juga dipengeruhi oleh budaya Melayu.

 

Mempunyai wajah mirip dengan orang Cina, bertutur bahasa Melayu yang dicampur dialek Hakka, meraikan Tahun Baharu Cina, Hari Ching Ming dan pelbagai pesta tradisional Cina, namun berpakaian Melayu seperti kebaya.

 

Budaya baba nyonya kini telah menjadi sebahagian dari khazanah budaya dan masyarakat majmuk Malaysia, dan juga memperlihatkan beberapa keistimewaan budaya Cina seperti inklusif dan damai.

 

Oleh itu ia dihargai oleh kedua-dua pihak. Anak Satria pun pernah mencuba memakai kebaya nyonya untuk ambil gambar ketika masih bayi.

 

Golongan baba nyonya dipercayai adalah peranakan pengikut Laksamana Cheng Ho dan Puteri Hang Li Po yang datang ke Melaka pada kira-kira 600 tahun yang lalu.

 

Laksamana Cheng Hong membawa armada yang paling besar di dunia pada masa itu, namun datangnya beliau adalah untuk membawa kedamaian.

 

Di Melaka, Satria pernah tengok kubu ketenteraan dan meriam yang ditinggalkan oleh penjajah Portugal dan Belanda, tapi yang ditinggalkan oleh Armada Cheng Ho adalah perigi.

 

Budaya Cina berkembang hasil daripada pertanian. Justeru, nenek moyang orang Cina biasanya hanya menetap di satu tempat. Mereka berusaha mempertahankan diri dari kaum penggembara. Oleh itu projek yang terkenal di zaman silam China adalah Tembok Besar.

 

Bagaimanapun, dalam proses ini budaya China juga berjaya mempengaruhi semakin banyak kaum penggembara, mereka beransur-ansur juga mengikuti cara hidup yang tak perlu mengembara lagi, menjadi satu etnik dalam bangsa China.

 

Budaya mereka juga menjadi sebahagian dari budaya China, sekali gus menjadikan budaya ini sangat inklusif dan bertolak ansur. Mereka berjaya menolak perlbagai anasir luar termasuk budaya Barat, dan menjadikan budaya China satu-satunya yang bersejarah 5000 tahun dan tidak dimusnahkan.

 

Elemen inklusif dan bertolak ansur dalam budaya China boleh dilihat di pelbagai masjid kuno yang bersejarah ratusan tahun tapi seni binanya penuh ciri tradisional China.

 

Sifat budaya China ini juga unsur yang membentuk budaya baba nyonya, memperlihatkan sikap saling menghormati, sama rata, saling mempercayai dan terbuka ketika berhubungan dengan budaya yang lain.

 

Dalam hubungan dengan China yang bersejarah ratusan tahun hingga lebih seribu tahun, Satria berpendapat Malaysia dan China amat memahami budaya pihak lain, bahkan persefahaman ini telah menjadi asas kesepakatan kita dalam pentadbiran negara dan diplomat global, seperti Malaysia Madani dan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

 

Hubungan Barat dengan China juga telah bersejarah lebih seratus tahun. Tapi hubungan ini dimulakan dengan armada Barat mereka yang datang membawa perang. Mereka sama sekali tidak pernah cuba memahami budaya China atau budaya Timur kita.

 

Itulah asal usul konflik geopolitik antara Timur dan Barat di rantau Asia-Pasifik buat masa ini.