Jadikan Pembangkitan Luar Bandar China Sebagai Panduan: UN-Habitat

2023-06-08 14:38:59  CRI
Share with:

Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) meminta pelbagai negara untuk mencari pendekatan karbon sifar bersih di kawasan luar bandar bagi merealisasikan matlamat peneutralan karbon dengan secepat mungkin.

Memetik Wakil Rantau Asia Pasifik UN-Habitat, Bruno Dercon dalam laporan yang dihasilkan Universiti Tongji sempena Perhimpunan Agung UN-Habitat ke-2 pada Selasa, sebanyak 40 peratus populasi dunia masih menetap di luar bandar meskipun urbanisasi sedang rancak berlaku.

Difahamkan, laporan penyelidikan bertajuk Praktik Pembangkitan Luar Bandar Daerah Dinghai Bandar Zhoushan dengan Matlamat Sifar Karbon tersebut menceritakan pengalaman China berhubung pembangkitan luar bandar dan peneutralan karbon.

Menurut Decron, pengalaman Daerah Dinghai boleh dijadikan panduan berharga kepada kampung di pulau lain dan pesisir laut dalam pembangunan rendah karbon.

Pengarah Perancangan dan Rekabentuk UN-Habitat, Salvatore Fondaro pula berkata beliau tertarik terhadap laporan yang menggabungkan penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dengan pembangkitan luar bandar ini.

Jelas beliau, ia adalah berikutan signifikannya terhadap pembangunan pada masa depan.

Untuk rekod, Perhimpunan Agung UN-Habitat ke-2 sedang diadakan di Nairobi sejak 5 Jun sehingga esok itu menumpukan terhadap topik rumah mampu milik sejagat, tindakan cuaca urban, penanganan krisis bandar, matlamat pembangunan lestari serta tadbir urus dari pelbagai lapisan, kewangan dan kemakmuran.