Pelan Kerjasama AUKUS Perlu Dibincangkan Semua Anggota IAEA

2023-06-09 14:32:34  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Li Song menyelar tentang rundingan kapal selam oleh pakatan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia (AUKUS) semasa berlangsungnya mesyuarat bulanan Lembaga Gabenor IAEA pada Khamis.

Menurut beliau, initpati pelan kerjasama tersebut sebenarnya adalah untuk memindahkan uranium gred senjata dari negara bersenjata nuklear iaitu AS dan Britain kepada sekutu tenteranya yang juga bukan negara bersenjata nuklear iaitu Australia.

"Dengan membawa tujuan geopolitik yang diketahui umum, ketiga-tiga negara itu telah menjalankan kerjasama ketenteraan strategik yang melampaui prinsip dan praktik Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT).

"Tindakan ini membawa tamparan serius kepada sistem kawalan nuklear antarabangsa, sekali gus menjadi cabaran kepada sistem agensi pemantauan dan penjamin yang terlibat," ujar beliau.

Li menegaskan bahawa kerjasama AUKUS merupakan isu kompleks yang melibatkan politik, keselamatan, undang-undang dan teknologi, yang telah menimbulkan kontroversi besar antara anggota IAEA.

"Misi kecemasan pada masa ini adalah pelbagai negara sinergi komited untuk mendorong rundingan melalui proses antara kerajaan yang terbuka, inklusif, telus dan mapan," ujarnya.

Dalam tempoh mesyuarat itu, wakil daripada lebih 20 buah negara termasuk Indonesia, Rusia, Pakistan, Mesir, Afrika Selatan, Brazil dan Argentina masing-masing menyampaikan ucapan untuk menyahut pendirian dan saranan China tersebut.