Komplotan AUKUS Undang Mudarat

2023-06-10 16:15:05  CRI
Share with:

Dalam mesyuarat Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mutakhir ini, kedengaran suara yang lantang membantah kerjasama pakatan AUKUS mengenai kapal selam berkuasa nuklear.

Ini kerana amalan keji yang dilakukan AUKUS membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia akan mengundang kemudaratan.

Dari segi undang-undang, kerjasama berkenaan membelakangi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Statut IAEA dan Perjanjian Zon Bebas Nuklear Pasifik Selatan atau dikenali Perjanjian Rarotonga.

Bertopengkan kerjasama pembinaan kapal selam berkuasa nuklear, AUKUS sebenarnya terlibat dalam aktiviti percambahan nuklear.

Dari segi prosedur, kerjasama seumpama mesti dilakukan di bawah mandat IAEA memandangkan status tiga negara terbabit selaku pemeterai NPT.

Walaupun dicela masyarakat antarabangsa, namun tiga negara itu terus berdegil melakukan segala yang mungkin untuk mewajarkan kerjasama berkenaan.

Dari segi peraturan pula, multilateralisme jitu dan prinsip permuafakatan mesti dijunjung apabila isu kerjasama mengenai kapal selam nuklear dibincangkan di bawah IAEA.

Keselamatan nuklear berkait rapat dengan nasib umat manusia, bukan alat politik bagi segelintir individu untuk mengejar kepentingan sendiri.

Kerjasama AUKUS berkenaan bukanlah soal peribadi tiga negara itu, sebaliknya ia mesti dikendalikan semua anggota IAEA.