Kompleks Perkuburan Pasukan Ekspedisi China ke Myanmar Dibuka kepada Umum

2023-06-12 15:23:28  CRI
Share with:

Majlis penyelesaian pembinaan  Kompleks Perkuburan Anggota Pasukan Ekspedisi China ke Myitkyina Myanmar yang  terkorban dalam perang anti-Fasis telah diadakan di Myitkyina, Myanmar  kelmarin.

Dimaklumkan, kompleks yang  terletak di pinggir bandar itu terdiri daripada satu tugu peringatan dan satu  makam yang seluas 277 meter persegi, tempat pengebumian jenazah 347 orang  pejuang.

Majlis terbabit disertai 200  orang, termasuk satu rombongan China yang terdiri perwakilan dari Jabatan Hal  Ehwal Veteran China, Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti  Komunis China (PKC), Jabatan Taiwan Jawatankuasa Pusat PKC, Kementerian Luar  China, serta Kedutaan Besar China ke Myanmar, Persatuan Saudara Sekampung  Halaman Yunnan Myitkyina, dan keturunan anggota Pasukan Ekspedisi.

Duta Besar China ke  Myanmar, Chen Hai berkata, Pasukan Ekspedisi China memberikan sumbangan  signifikan kepada kemenangan anti-Fasis sedunia melalui perjuangan dengan  tentera penceroboh Jepun.

"Kami seharusnya mewarisi  semangat perjuangan mereka yang berani menggadai nyawa dalam memperjuangkan  pembangkitan nusa dan bangsa, di samping membuka lembaran baharu untuk mendorong  pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Myanmar," kata  beliau.