Persidangan Usahawan ke-10 China-Arab Diadakan di Riyadh

2023-06-12 13:29:26  CRI
Share with:

Persidangan ke-10 dan Seminar Pelaburan ke-8 di bawah Forum Kerjasama China-Arab telah diadakan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi pada Ahad.

Persidangan berlangsung selama dua hari itu disertai lebih 3,000 wakil dari lebih 20 buah negara dengan mengangkat tema 'China dan Negara Arab sinergi meneroka masa depan yang makmur'. Para peserta akan menjalankan pertukaran dan perbincangan mengenai topik termasuk perdagangan, kewangan, infrastruktur, sumber tenaga dan industri hijau demi membina konsensus dan merancakkan kerjasama substantif.

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan persidangan itu menyatakan bahawa persidangan kali ini merupakan platform penting bagi memperkasakan persahabatan tradisional China dan Arab dan komited mendorong kedua-dua pihak berusaha bersama-sama meneroka masa depan demi kesejahteraan rakyat di samping dengan aktif memelihara kedamaian dan pembangunan dunia.

Selain itu, Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al-Falih menyatakan bahawa China adalah rakan pembangunan yang penting bagi negara-negara Arab, dan hubungan perdagangan dua hala yang berkembang dengan stabil telah membawa masa depan yang cerah kepada kerjasama pelaburan bilateral.